Thursday, 2 July 2020

SOAL JAWAB - AMALAN TERBAIK SEBAGAI GANTI HAJI YANG TERTANGGUH



[๐’๐Ž๐€๐‹ ๐‰๐€๐–๐€๐ ๐‡๐€๐‰๐ˆ & ๐”๐Œ๐‘๐€๐‡]
Saya adalah jemaah haji yang sepatutnya terbang pada musim haji 2020 ini, tapi ditangguhkan sebab wabak covid19,apakah amalan terbaik yang boleh dilakukan sebagai gantian ibadah berkenaan?
- '' peruntukkan sebahagian dari wang yang tentunya telah dipersiapkan untuk ke Tanah Suci itu bagi tujuan melaksanakan ibadah Qurban pada tahun ini ''.
CADANGAN KEPADA CALON TETAMU ALLAH ( HAJI ) YANG TERTANGGUH
Diriwayatkan oleh Ummul Muโ€™minin Aโ€™isyah RadhiyALLAHu 'anha, bahawa Nabi SollALLAHu 'alaihi wa alihi wa Sallam bersabda:
ู…ูŽุง ุนูŽู…ูู„ูŽ ุขุฏูŽู…ููŠู‘ูŒ ู…ูู†ู’ ุนูŽู…ูŽู„ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุญู’ุฑู ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ุฅูู‡ู’ุฑูŽุงู‚ู ุงู„ุฏู‘ูŽู…ูุŒ ุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูŠูŽุฃู’ุชููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุจูู‚ูุฑููˆู†ูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุดู’ุนูŽุงุฑูู‡ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุธู’ู„ูŽุงููู‡ูŽุงุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูŠูŽู‚ูŽุนู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจูู…ูŽูƒูŽุงู†ู ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู‚ูŽุนูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูุŒ ููŽุทููŠุจููˆุง ุจูู‡ูŽุง ู†ูŽูู’ุณู‹ุง
Maksudnya: โ€œTidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh ALLAH selain daripada menumpahkan darah (menyembelih binatang korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada (redha) ALLAH sebelum ia jatuh ke bumi. Maka bersihkanlah jiwa kamu dengannya (berkorban).โ€
- Riwayat at-Tirmidzi (1493)
Kepada tuan / puan, saudara-saudaraku yang telah terpilih untuk melaksanakan ibadah Haji pada tahun ini tetapi ditangguhkan atas sebab yang sama-sama kita maklum ;
Sebagai pernyataan kepada sentiasa ingat dan tetap bersyukur kepada ALLAH, sentiasa bersedia untuk beribadah menjunjung perintah dan memperhambakan diri kepadaNYA ;
Hamba cadangkan agar diperuntukkan sebahagian dari wang yang tentunya telah dipersiapkan untuk ke Tanah Suci itu bagi tujuan melaksanakan ibadah Qurban pada tahun ini.
Semoga diterima sebagai amalan yang ALLAH redhai sehingga dengan izinNYA dipermudahkan dan disempurnakan hajat untuk ibadah Haji pula ditahun hadapan.
- Sama-sama kita berdoa agar wabak COVID-19 terhenti dan lenyap supaya jemaah haji dapat meneruskan ibadat seperti biasa untuk tahun-tahun yang berikutnya.
Kredit : Ust Abu Habeeb Omar
Share & Like untuk manfaat bersama

No comments:

Post a Comment