Monday 11 August 2014

PANTANG LARANG IHRAM


13 Pantang Larang IHRAM


Contoh 1 : Pakaian Ihram bg Lelaki

Contoh 2 : Pakaian Ihram bg wanita(disunatkan berwarna putih)


Perkara-perkara Yang Diharuskan Semasa Ihram:
  1. Mandi dengan niat bersuci, membersihkan badan atau untuk menyejukkan badan tetapi tanpa menggunakan sesuatu yang berbau wangi seperti sabun yang berbau wangi, syampo yang berbau wangi atau ubat gigi yang berbau wangi.
  2. Mencabut gigi.
  3. Membelat kawasan yang patah.
  4. Mengurut kepala atau badan tetapi hendaklah dengan lembut supaya tidak tergugur rambut atau bulu, apabila tergugur rambut atau bulu, sedekah wajib dikeluarkan.
  5. Harus memakai selipar, cincin, cermin mata, pembesar suara untuk telinga, jam tangan, tali pinggang serta beg yang digunakan untuk menyimpan wang dan dokumen penting.
  6. Harus menukar pakaian ihram dan membersihkannya tetapi makruh tanzih.

No comments:

Post a Comment