Monday 30 July 2018

INFO UMRAH - AIR ZAMZAM


KELEBIHAN AIR ZAMZAM

1)      Merupakan salah satu daripada mata air syurga
2)      Merupakan kurniaan pertama yang Allah S.WT berikan hasil doa Nabi Ibrahim a.s
3)      Allah S.W.T telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya kewujudan Baitullah di bumi tersebut
4)      Merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T di Tanah Haram
5)      Merupakan salah satu daripada nikmat yang besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah
6)      Telaga zamzam muncul melalui perantara Malaikat Jibrail
7)      Air zamzam terbit dari kawasan yang paling mulia di atas muka bumi
8)      Air zamzam bertambah keberkatannya dengan ludahan Rasulullah S.A.W ke dalamnya
9)      Air zamzam boleh menyembuhkan demam panas
10)   Banyak minum air zamzam merupakan sebahagian dari tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik.(Hal ini kerana orang munafik tidak mempercayai kelebihannya,wallahu’alam)
11)   Merupakan minuman orang-orang yang mulia (al-Abrar)
12)   Air zamzam ialah sebaik-baik hadiah atau buah tangan
13)   Air zamzam tidak akan kering walaupun ramai orang yang telah mengambilnya
14)   Air zamzam boleh menambahkan kekuatan (tenaga) tubuh badan

ADAB MEMINUM AIR ZAMZAM

Para ulama telah menggariskan beberapa adab yang patut diikuti semasa meminum air zamzam.Antaranya :
1)      Menghadap kiblat
2)      Minum dengan tiga kali nafas, iaitu dengan tiga kali teguk
3)      Membaca “Bismillah” setiap kali meminumya.
4)      Memuji Allah dengan menyebut “Alhamdulillah” pada setiap nafas
5)      Minum dengan tangan kanan kerana Rasulullah telah mengarahkan agar kita menggunakan tangan kanan ketika makan dan minum dan melarang daripada makan dan minum dengan tangan kiri. Hal ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.
6)      Berdoalah dengan doa :-

وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ اللَّهُمَّ إِنِي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَا فِعًاْ, وَرِزْقًا وَاسِعًا,

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada semua penyakit

Wednesday 4 July 2018

PENGANGKUTAN DI SEDIAKAN ( JB - KLIA - JB)



Pihak Mumtaz Travel menyediakan pengangkutan bas (PERCUMA) kepada jemaah yang mendaftar 
PAKEJ UMRAH NOV/DIS 2018

Hubungi segera di talian pejabat 07-2072717 atau 019-7240899 (Mohd Hizami)

Apa tunggu lagi?