Tuesday 4 August 2020

TEMPAT MUSTAJAB DOA





13 TEMPAT MUSTAJAB DOA
1.Hajar Aswad (batu dari syurga).
2.Multazam
3.Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.
4.Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.
5.Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).
6.Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).
7.Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat)
8.Hijir Ismail. Selepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan harta benda).
9.Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat/Emas).
10.Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup)
11.Rukun Yamani
12.Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad)
13.Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).

Monday 3 August 2020

SOAL JAWAB - HUKUM IDTIBA'


Idhtiba’ (اضطباع) ialah seseorang lelaki yang berihram dengan meletakkan kain selendang yang dipakainya di bawah ketiak kanan dan kemudian melemparkan hujung kain tersebut ke sebelah tengkuk kiri dan membiarkan bahu kanannya terbuka.
(Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 5/109)
Hukum idhtiba’ adalah sunat (mustahab).
Daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَصْحَابَهُ اعْتَمَرُوا مِنَ الْجِعْرَانَةِ فَرَمَلُوا بِالْبَيْتِ وَجَعَلُوا أَرْدِيَتَهُمْ تَحْتَ آبَاطِهِمْ قَدْ قَذَفُوهَا عَلَى عَوَاتِقِهِمُ الْيُسْرَى
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW dan para sahabatnya berumrah dari Ji’ranah, maka mereka segera mengelilingi al-Bait (Ka’bah) dan (menggerakkan bahunya) dengan penuh kebanggaan. Mereka meletakkan pakaian atas mereka di bawah ketiak mereka dan melemparkan hujung ke atas bahu kiri mereka.
Riwayat al-Tirmizi (829) dan Abu Daud (1884)

Sunday 2 August 2020

#KALAMGURU - JAGALAH AMANAH


Assalammualaikum
Kalam Guru
" tunaikanlah amanah kepada orang yang percaya kepada kamu.Jangan sesekali khianat di dalam kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita, kerana di dalamnya ada nilai KEIMANAN & KETAKWAAN sebagai hambaNYA "
Jagalah AMANAH
Semoga kita semua dalam perlindungan Allah SWT.amin