Wednesday 1 August 2018

INFO UMRAH - WADI MUHASSIR


Ia terletak di satu lembah di antara Mina dan Muzdalifah,iaitu di penghujung keduan-duanya tetapi ia tidak termasuk di dalam kawasan bagi kedua-duanya tempat tersebut.Ia termasuk di dalam sempadan Tanah Suci tetapi ia bukan al-Masyair al Haram (tempat ibadah yang di anjurkan dalam manasik haji)

Imam al-Nawawi r.h.m berkata : “Mengikut sunah Nabi S.A.W, disunatkan berjalan cepat ketika melintasi tempat ini kerana Wadi Muhassir ini ialah tempat wuquf bagi kaum Nasrani (Kristian). Maka kita disunatkan untuk menyalahi perbuatan mereka.

Orang Arab jahiliah telah berwuquf di sini, bahkan mereka berbangga dengan amalan kebajikan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka, dan syariat Islam telah menggalakkan umatnya agar menyalahi amalan jahiliah dalam semua perkara.

Wadi ini merupakan tempat Allah S.W.T telah membinasakan tentera bergajah yang ingin menyerang Kaabah.Kisah tentera bergajah ini telah berlaku pada tahun 571M, iaitu pada tahun kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W.Oleh itu,tahun tersebut di kenali sebagai “Tahun Gajah”.
Abrahah al-Habsyi yang merupakan wakil kepada Raja Najasyi (gelaran untuk Raja Habsyah,kini dikenali sebagai negara Ethiopia) di Yaman menyaksikan para kabilah dan orang ramai menuju ke Makkah untuk tawaf serta mengerjakan haji di Kaabah. Lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang megah untuk mengalih perhatian mereka daripada Kaabah. Namun usahanya ini tidak Berjaya, bahkan seorang lelaki dari Bani Kinanah telah mengotorkannya dengan najis. Hal ini membuatkan Abrahah merasa marah dan dia memerintahkan bala tentera bergajahnya dengan jumlah yang sangat besar untuk pergi menghancurkan Kaabah.

Ketika sampai di Lembah Muhassir inilah, tiba-tiba ketua gajahnya telah berlutut dan tidak mahu bergerak. Namun setiap kali ia di alihkan kearah yang selain dari Kaabah maka ia bangun dan berjalan. Begitulah keadaannya sehingga Allah S.W.T  menghantar burung Ababil yang melontar mereka dengan batu – batu api yang menyebabkan anggota badan mereka terpotong – potong lalu musnah, Mereka berlari tidak tentu arah dan jatuh berguguran di jalanan.
Allah S.W.T telah menimpakan suatu penyakit ke atas Abrahah, sehingga gugur anak – anak jarinya. Dia sampai di San’aa seperti anak burung yang tercabut bulu, kemudian terbelah dadanya dan keluar hatinya lalu musnah.

Kisah ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya :-
أَلَمْ تَرَكَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَبِ اٌلْفِيلِْ
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُم فىِ تَضْلِيلٍْ
وَأَرْسَلَ عَلَيهِمْ طَيْرًاأَبَابِيلَْ
تَرْمِيهِم بِحِجاَرَةٍ مِّن سِجِّيلٍْ
 فَجَعَلَهُم كَعَصْفٍ مَّأْكُولِْ

Maksudnya : Apakah kami tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berpuak-puak,yang melontar mereka dengan batu dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun kayu yang dimakan(ulat).                                                                                                                           (Surah al-Fil : 1-5)




INFO UMRAH - JABAL THUR


Jabal Thur terletak di tengah-tengah Makkah, kira – kira 4km dari sebelah selatan Masjidilharam. Tinggi bukit ini ialah sekitar 458m. Untuk mendaki ke puncak (gua) memerlukan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Pada masa sekarang bukit ini dikenali dengan nama “Hayyu al-Hijrah” iaitu di kawasan Kudai.

Di bukit ini terdapat Gua Thur, dimana merupakan tempat di mana Rasulullah S.A.W dan sahabatnya Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke Madinah.
Gua Thur ini ketinggian sekitar 1.25m dengan panjang dan lebar 3.5m x 3.5m. Ia mempunyai dua pintu satu , satu pintu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur. Pintu sebelah barat merupakan pintu yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. Tingginya kira-kira 1m. Manakala pintu yang satu lagi lebih luas dan sengaja dibuat untuk kemudahan orang ramai keluar masuk.
Inilah gua yang disebut Allah Taala dalam Al-Quran :-

ثَا نِىَ اٌثْنَيْنِ إِذْهُماَ فِى اٌلْغَار
Maksudnya : sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua.


Peristiwa hijrah ini terjadi setelah pihak Musyrikin merancang untuk membunuh Rasulullah S.A.W menahan atau menghalau Baginda. Lalu Baginda keluar dari rumahnya pada malam 27 Safar selepas 14 tahun kenabian, bersamaan 12/13 September 622M. Pemergian Rasulullah telah ditemani oleh sahabtnya yang setia iaitu Abu Bakar Al-Siddiq r.a. Mereka bersembunyi di dalam gua tersebut selama tiga hari sehinggalah orang-orang kafir Quraisy yang mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembali semula ke Mekah.\

Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan ke Madinah. Ketika bersembunyi di situ, Abu Bakar merasa bimbang jika ada orang yang akan menjumpai mereka dan membunuh Rasulullah S.A.W tetapi Baginda menenangkan beliau.
Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Abu Bakar menceritakan : “Aku bersama Rasulullah S.A.W di dalam gua dan aku dapat melihat kaki pihak Musyrikin. Aku berkata : “Wahai Rasulullah, jika salah seorang daripada mereka mengangkat kakinya nescaya mereka akan dapat melihat kita’. Baginda bersabda :”Wahai Abu Bakar,apakah yang kamu fikirkan tentang dua orang apabila Allah S.W.T merupakan pihak yang ketiga bersama mereka?

Setelah tiga hari berada di dalam Gua Thur,barulah mereka keluar untuk meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki dua ekor unta yang dibawa oleh Abdullah bin Uraiqit, atas arahan Abu Bakar. (Abdullah ketika itu masih belum memeluk Islam, tetapi dia merupakan seorang yang dipercayai oleh Abu Bakar). Maka pada malam Isnin awal bulan Rabiul Awal, tahun pertama Hijrah, bersamaan 16 September 622H Rasulullah S.A.W, Abu Bakar r.a dan Amir bin Fuhairah (penggembala kambing Abu Bakar) bertolak ke Madinah dengan Abdullah bin Uraiqit berperanan sebagai penunjuk jalan bagi mereka.