Wednesday 12 September 2018

TIPS MEMILIH PAKEJ UMRAH

Kebiasaannya,sebelum berakhir sesi Penerangan Umrah abang selalu share juga pada audiens untuk menggelakkan anda menjadi mangsa penipuan oleh sindiket umrah.
Jadi abang sharelah sikit,kalau ianya bermanfaat tuan/puan sharelah jga di FB :
Sebelum DAFTAR 
1) Kenalpasti agensi umrah anda.Ni penting!...sebab kalau x kenal maka x cinta
2) Ikuti laman sosial syarikat berkenaan.FB,twitter,blog,web dll....jika syarikat tu x berdaftar atau x wujud...update atau tidak laman sosial berkenaan...faham2 sudah..
3) Perbandingan HARGA!Ini juga penting sebab survey harga adalah hak pengguna...cumanya nak nasihat sikit,jgn smpai nak murah punya pasal...pilih harga yg x logik dek akal....sbb ad jemaah yg jumpa abang...mnngis berlagu..sbb x dpt terbang...
4) Jika berkesempatan,bagusnya pergi ke syarikat berkenaan....untuk bertanya lebih lanjut..datang,tengok dan lihat keadaan syarikat berkenaan...ada lesen berniaga,lesen pelancongan dan lain-lain lagi
5) Dah buat semua di ataskan...ok sekarang boleh pulak tgk Pakej Umrah yang dipaparkan
Semasa & Selepas DAFTAR
1) Pilihlah pakej umrah ikut kemampuan anda.
2) Dengar dulu penerangan pegawai syarikat berkenaan mengenai pakej umrah yang ditawarkan.Jarak Dekat?Jarak Sederhana?Jarak Jauh.tepuk dada...
3) Harga Pakej merangkumi apa?Fullboard ke,Halfboard ke..atau x siap apa2...😊
4) Pilih tarikh ikut kesesuaian tarikh anda..tgk pakej berapa hari,rancang cuti.
5) Biasanya kita mesti kena ambil tahu...tentang,berapa hari pakej?naik penerbangan apa?confirm ke x?ad kursus x?apa cenderahati yang dibagi?ad x pengangkutan disediakan nak ke lapangan terbang?Insurans?makan minum?jarak hotel?mutawwif?ada tambahan bayaran lagi x? Inilah sebenarnya yang membezakan HARGA pakej umrah...take noted!
6) Bila dah puashati...barulah boleh buat bayaran deposit...prepare dokumen,dan siap sedia untuk berangkat pada tarikh berkenaan.
7)Attend Kursus Umrah yang disediakan
8)Bila semua dah prepare,maklumat yang disampaikan seperti yg dibagitahu oleh pegawai..sehingga pada tarikh nak berangkat semuanya berjalan lancar,ad visa....kira pilihan tuan/puan tepatlah tu!
9)Maka tuan/puan terbanglah pada hari tersebut
Selepas itu..
Bila dah DAFTAR ok!Masa perjalanan ok!Masa disana ok!apa yang dijanjikan ok!perjalanan ikut seperti yang dijadualkan ok!makan minum cukup 3x sehari ok!Mutawwif bimbing ok!....haaaa apalagi....jangan lupa rekemen pada kawan-kawan ok!
Bagitau mereka!Pilihlah Mumtaz Travel Ok!
😊😊😊















Wednesday 1 August 2018

INFO UMRAH - WADI MUHASSIR


Ia terletak di satu lembah di antara Mina dan Muzdalifah,iaitu di penghujung keduan-duanya tetapi ia tidak termasuk di dalam kawasan bagi kedua-duanya tempat tersebut.Ia termasuk di dalam sempadan Tanah Suci tetapi ia bukan al-Masyair al Haram (tempat ibadah yang di anjurkan dalam manasik haji)

Imam al-Nawawi r.h.m berkata : “Mengikut sunah Nabi S.A.W, disunatkan berjalan cepat ketika melintasi tempat ini kerana Wadi Muhassir ini ialah tempat wuquf bagi kaum Nasrani (Kristian). Maka kita disunatkan untuk menyalahi perbuatan mereka.

Orang Arab jahiliah telah berwuquf di sini, bahkan mereka berbangga dengan amalan kebajikan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka, dan syariat Islam telah menggalakkan umatnya agar menyalahi amalan jahiliah dalam semua perkara.

Wadi ini merupakan tempat Allah S.W.T telah membinasakan tentera bergajah yang ingin menyerang Kaabah.Kisah tentera bergajah ini telah berlaku pada tahun 571M, iaitu pada tahun kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W.Oleh itu,tahun tersebut di kenali sebagai “Tahun Gajah”.
Abrahah al-Habsyi yang merupakan wakil kepada Raja Najasyi (gelaran untuk Raja Habsyah,kini dikenali sebagai negara Ethiopia) di Yaman menyaksikan para kabilah dan orang ramai menuju ke Makkah untuk tawaf serta mengerjakan haji di Kaabah. Lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang megah untuk mengalih perhatian mereka daripada Kaabah. Namun usahanya ini tidak Berjaya, bahkan seorang lelaki dari Bani Kinanah telah mengotorkannya dengan najis. Hal ini membuatkan Abrahah merasa marah dan dia memerintahkan bala tentera bergajahnya dengan jumlah yang sangat besar untuk pergi menghancurkan Kaabah.

Ketika sampai di Lembah Muhassir inilah, tiba-tiba ketua gajahnya telah berlutut dan tidak mahu bergerak. Namun setiap kali ia di alihkan kearah yang selain dari Kaabah maka ia bangun dan berjalan. Begitulah keadaannya sehingga Allah S.W.T  menghantar burung Ababil yang melontar mereka dengan batu – batu api yang menyebabkan anggota badan mereka terpotong – potong lalu musnah, Mereka berlari tidak tentu arah dan jatuh berguguran di jalanan.
Allah S.W.T telah menimpakan suatu penyakit ke atas Abrahah, sehingga gugur anak – anak jarinya. Dia sampai di San’aa seperti anak burung yang tercabut bulu, kemudian terbelah dadanya dan keluar hatinya lalu musnah.

Kisah ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya :-
أَلَمْ تَرَكَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَبِ اٌلْفِيلِْ
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُم فىِ تَضْلِيلٍْ
وَأَرْسَلَ عَلَيهِمْ طَيْرًاأَبَابِيلَْ
تَرْمِيهِم بِحِجاَرَةٍ مِّن سِجِّيلٍْ
 فَجَعَلَهُم كَعَصْفٍ مَّأْكُولِْ

Maksudnya : Apakah kami tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berpuak-puak,yang melontar mereka dengan batu dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun kayu yang dimakan(ulat).                                                                                                                           (Surah al-Fil : 1-5)




INFO UMRAH - JABAL THUR


Jabal Thur terletak di tengah-tengah Makkah, kira – kira 4km dari sebelah selatan Masjidilharam. Tinggi bukit ini ialah sekitar 458m. Untuk mendaki ke puncak (gua) memerlukan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Pada masa sekarang bukit ini dikenali dengan nama “Hayyu al-Hijrah” iaitu di kawasan Kudai.

Di bukit ini terdapat Gua Thur, dimana merupakan tempat di mana Rasulullah S.A.W dan sahabatnya Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka dalam perjalanan hijrah ke Madinah.
Gua Thur ini ketinggian sekitar 1.25m dengan panjang dan lebar 3.5m x 3.5m. Ia mempunyai dua pintu satu , satu pintu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur. Pintu sebelah barat merupakan pintu yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. Tingginya kira-kira 1m. Manakala pintu yang satu lagi lebih luas dan sengaja dibuat untuk kemudahan orang ramai keluar masuk.
Inilah gua yang disebut Allah Taala dalam Al-Quran :-

ثَا نِىَ اٌثْنَيْنِ إِذْهُماَ فِى اٌلْغَار
Maksudnya : sedang dia salah seorang daripada dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua.


Peristiwa hijrah ini terjadi setelah pihak Musyrikin merancang untuk membunuh Rasulullah S.A.W menahan atau menghalau Baginda. Lalu Baginda keluar dari rumahnya pada malam 27 Safar selepas 14 tahun kenabian, bersamaan 12/13 September 622M. Pemergian Rasulullah telah ditemani oleh sahabtnya yang setia iaitu Abu Bakar Al-Siddiq r.a. Mereka bersembunyi di dalam gua tersebut selama tiga hari sehinggalah orang-orang kafir Quraisy yang mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembali semula ke Mekah.\

Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan ke Madinah. Ketika bersembunyi di situ, Abu Bakar merasa bimbang jika ada orang yang akan menjumpai mereka dan membunuh Rasulullah S.A.W tetapi Baginda menenangkan beliau.
Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Abu Bakar menceritakan : “Aku bersama Rasulullah S.A.W di dalam gua dan aku dapat melihat kaki pihak Musyrikin. Aku berkata : “Wahai Rasulullah, jika salah seorang daripada mereka mengangkat kakinya nescaya mereka akan dapat melihat kita’. Baginda bersabda :”Wahai Abu Bakar,apakah yang kamu fikirkan tentang dua orang apabila Allah S.W.T merupakan pihak yang ketiga bersama mereka?

Setelah tiga hari berada di dalam Gua Thur,barulah mereka keluar untuk meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki dua ekor unta yang dibawa oleh Abdullah bin Uraiqit, atas arahan Abu Bakar. (Abdullah ketika itu masih belum memeluk Islam, tetapi dia merupakan seorang yang dipercayai oleh Abu Bakar). Maka pada malam Isnin awal bulan Rabiul Awal, tahun pertama Hijrah, bersamaan 16 September 622H Rasulullah S.A.W, Abu Bakar r.a dan Amir bin Fuhairah (penggembala kambing Abu Bakar) bertolak ke Madinah dengan Abdullah bin Uraiqit berperanan sebagai penunjuk jalan bagi mereka.

Monday 30 July 2018

INFO UMRAH - AIR ZAMZAM


KELEBIHAN AIR ZAMZAM

1)      Merupakan salah satu daripada mata air syurga
2)      Merupakan kurniaan pertama yang Allah S.WT berikan hasil doa Nabi Ibrahim a.s
3)      Allah S.W.T telah menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya kewujudan Baitullah di bumi tersebut
4)      Merupakan salah satu daripada tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T di Tanah Haram
5)      Merupakan salah satu daripada nikmat yang besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah
6)      Telaga zamzam muncul melalui perantara Malaikat Jibrail
7)      Air zamzam terbit dari kawasan yang paling mulia di atas muka bumi
8)      Air zamzam bertambah keberkatannya dengan ludahan Rasulullah S.A.W ke dalamnya
9)      Air zamzam boleh menyembuhkan demam panas
10)   Banyak minum air zamzam merupakan sebahagian dari tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik.(Hal ini kerana orang munafik tidak mempercayai kelebihannya,wallahu’alam)
11)   Merupakan minuman orang-orang yang mulia (al-Abrar)
12)   Air zamzam ialah sebaik-baik hadiah atau buah tangan
13)   Air zamzam tidak akan kering walaupun ramai orang yang telah mengambilnya
14)   Air zamzam boleh menambahkan kekuatan (tenaga) tubuh badan

ADAB MEMINUM AIR ZAMZAM

Para ulama telah menggariskan beberapa adab yang patut diikuti semasa meminum air zamzam.Antaranya :
1)      Menghadap kiblat
2)      Minum dengan tiga kali nafas, iaitu dengan tiga kali teguk
3)      Membaca “Bismillah” setiap kali meminumya.
4)      Memuji Allah dengan menyebut “Alhamdulillah” pada setiap nafas
5)      Minum dengan tangan kanan kerana Rasulullah telah mengarahkan agar kita menggunakan tangan kanan ketika makan dan minum dan melarang daripada makan dan minum dengan tangan kiri. Hal ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.
6)      Berdoalah dengan doa :-

وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ اللَّهُمَّ إِنِي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَا فِعًاْ, وَرِزْقًا وَاسِعًا,

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada semua penyakit

Wednesday 4 July 2018

PENGANGKUTAN DI SEDIAKAN ( JB - KLIA - JB)



Pihak Mumtaz Travel menyediakan pengangkutan bas (PERCUMA) kepada jemaah yang mendaftar 
PAKEJ UMRAH NOV/DIS 2018

Hubungi segera di talian pejabat 07-2072717 atau 019-7240899 (Mohd Hizami)

Apa tunggu lagi?

Thursday 28 June 2018

PAKEJ UMRAH NOVEMBER DISEMBER 2018

Senarai Mutawwif kami yang sudah mempunyai tarikh penerbangan..Siap sedia berkhidmat bagi musim 1440H..

Apa tunggu lagi?

PENDAFTARAN UMRAH MUSIM BARU 1440H
[ Cuti Sekolah Nov/Dis 2018]

PAKEJ EKONOMI (500 Meter KE MASJID)
RM6,490 ( Deafah Al Rashdeen )

PAKEJ PROMO PREMIUM (180 Meter KE MASJID)
RM6,990 ( Elaf Al Mashaer)

PAKEJ PREMIUM ( 180 Meter KE MASJID )
RM7,390 ( Elaf Al Mashaer)

🛬 PENERBANGAN: MALAYSIA AIRLINES
==================================

Wednesday 6 June 2018

PAKEJ UMRAH NOVEMBER DISEMBER 2018








🗣️🗣️🗣️🗣️🗣️🗣️
Pengumuman..pengumuman..
*UMRAH 3 BERADIK*
PAKEJ UMRAH NOV/DIS 2018
Pakej Ekonomi dari RM6,490
Pakej Promo (jarak dekat) dari RM6,990
Pakej Premium (jarak dekat) dari RM7,390
Boleh pakat bincang...abang-abang,adik-adik,akak-akak.....Raya dah nak dekat ni...Sambil berkumpul sesama sanak saudara...masa nilah boleh cerita untuk menunaikan umrah bersama...Apa tunggu lagi?
Dapatkan barangan eksklusif Mumtaz Travel dengan hanya mendaftar Pakej Umrah Nov/Dis 2018...
Cepat!Jangan Lambat...
Hubungi talian pejabat 07-2072717 atau talian hotline kami 012-7718371(zamzuri),019-7240899(mohd hizami)

Sunday 18 March 2018

UMRAH AKHIR RAMADHAN 2018


“Umrah pada bulan Ramadhan senilai dengan haji.” (HR. Muslim no. 1256)
'SESUNGGUHNYA UMRAH DI BULAN RAMADHAN SEPERTI BERHAJI BERSAMAKU" (HR. Bukhari no. 1863).
PAKEJ UMRAH RAMADHAN 1439H (2018M)
---------------------------------------------------------------------
🕋🇸🇦🕋🇸🇦🕋🇸🇦🕋🇸🇦🕋🇸🇦🕋🇸🇦
Akhir Ramadhan
*06-17 Jun 2018*
*2X Jumaat*
*Penerbangan Terus Saudi Airlines*
*HOTEL DEAFAH AL RASHIDEEN-Mekah (600m) atau setaraf*
Untuk Pendaftaran dan Pertanyaan lebih lanjut,
boleh hubungi talian pejabat 07-2072717 atau 012-7718371(zamzuri) ,0197240899(zamie)