Wednesday 16 August 2017

INFO @ UMRAH - SAIE


Info @ Umrah
Semoga ianya bermanfaat
Keliru?Takut?
Jangan bimbang..abang share sikit tentang saie..
Mulakan dari Safa,bagaimana kiraannya?
Safa ke Marwah dikira 1 pusingan
Marwah ke Safa dikira 2 pusingan
Safa ke Marwah dikira 3 pusingan
Marwah ke Safa dikira 4 pusingan
Safa ke Marwah dikira 5 pusingan
Marwah ke Safa dikira 6 pusingan
Safa ke Marwah dikira 7 pusingan
Bukan dikira Safa ke Marwah patah balik Safa 1 pusingan..Salah tu
Jarak Safa ke Marwah lebih kurang 450m sahaja..Kali 7 lebih kurang dekat 3km....
Jangan panik!kalau terlepas dari kumpulan..ikut tips ni..Yakin!cukup 7 pusingan..Insyallah selesai dengan sempurna.
Sai’e
Sai’e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai’e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai’e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah. Syarat-syarat sah Sai’e:
Hendaklah dilakukan selepas tawaf.
# Tujuan hendaklah semata-mata untuk Sai’e.
# Sai’e hendaklah dimulai dari Bukit Safa dan tamat di Bukit Marwah.
# Sai’e dilakukan genap dan sempurna bilangan sebanyak 7 kali. Perjalanan balik dari Marwah ke Safa dikira sekali pula.
Jarak perjalanan Safa ke Marwah dikira dari kaki bukit ke kaki bukit. Tetapi sekurang-kurangnya ialah jarak yang ditentukan untuk mereka yang menggunakan kereta sorong.
# Perjalanan dari Safa ke Marwah dan sebaliknya tidak terputus yakni seseorang itu tidak melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula menerusi satu pintu lain.
p/s : boleh lihat gambarajah di atas..

Tuesday 15 August 2017

INFO @ UMRAH - TAWAF


Info @ Umrah
Semoga ianya bermanfaat
Bagaimana hendak melakukan TAWAF?
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
SYARAT-SYARAT SAH TAWAF
# Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah :
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
# Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
# Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
# Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
# Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
# Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
# Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
# Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
# Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
Mesti suci daripada hadas besar.
# Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
# Mesti menutup aurat.
p/s:Gambarajah di atas menunjukkan permulaan tawaf dan pengakhiran tawaf.Dimulakan dari penjuru hajar aswad dan berakhir di penjuru hajar aswad.Yakin cukup 7 pusingan baru melakukan saie

INFO @ UMRAH - RUKUN UMRAH


INFO @ UMRAH



Info @ Umrah
Semoga ianya bermanfaat
Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah. Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah. Lima Rukun Umrah ialah:
Niat
Tawaf
Sai'e
Tahallul
Tertib
Nampak mudah tapi jangan diambil ringan
p/s:huraian di post berikutnya

INFO @ UMRAH


Info @ Umrah
Semoga ianya bermanfaat
Semoga ibadah yang kita lakukan mampu untuk mendekatkan diri kita kepadaNYA..