Jabal Thur terletak di tengah-tengah Makkah, kira – kira 4km
dari sebelah selatan Masjidilharam. Tinggi bukit ini ialah sekitar 458m. Untuk
mendaki ke puncak (gua) memerlukan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Pada masa
sekarang bukit ini dikenali dengan nama “Hayyu al-Hijrah” iaitu di kawasan
Kudai.
Di bukit ini terdapat Gua Thur, dimana merupakan tempat di
mana Rasulullah S.A.W dan sahabatnya Abu Bakar r.a bersembunyi ketika mereka
dalam perjalanan hijrah ke Madinah.
Gua Thur ini ketinggian sekitar 1.25m dengan panjang dan
lebar 3.5m x 3.5m. Ia mempunyai dua pintu satu , satu pintu di sebelah barat
dan satu lagi di sebelah timur. Pintu sebelah barat merupakan pintu yang
digunakan oleh Rasulullah S.A.W. Tingginya kira-kira 1m. Manakala pintu yang
satu lagi lebih luas dan sengaja dibuat untuk kemudahan orang ramai keluar
masuk.
Inilah gua yang disebut Allah Taala dalam Al-Quran :-
ثَا نِىَ اٌثْنَيْنِ إِذْهُماَ فِى اٌلْغَار
Maksudnya : sedang dia salah seorang daripada dua orang
ketika kedua-duanya berada di dalam gua.
Peristiwa hijrah ini terjadi setelah pihak Musyrikin
merancang untuk membunuh Rasulullah S.A.W menahan atau menghalau Baginda. Lalu
Baginda keluar dari rumahnya pada malam 27 Safar selepas 14 tahun kenabian,
bersamaan 12/13 September 622M. Pemergian Rasulullah telah ditemani oleh
sahabtnya yang setia iaitu Abu Bakar Al-Siddiq r.a. Mereka bersembunyi di dalam
gua tersebut selama tiga hari sehinggalah orang-orang kafir Quraisy yang
mengejar mereka mengaku kalah kerana tidak dapat mengesannya dan kembali semula
ke Mekah.\
Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan ke Madinah. Ketika
bersembunyi di situ, Abu Bakar merasa bimbang jika ada orang yang akan
menjumpai mereka dan membunuh Rasulullah S.A.W tetapi Baginda menenangkan
beliau.
Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Abu Bakar menceritakan
: “Aku bersama Rasulullah S.A.W di dalam gua dan aku dapat melihat kaki pihak
Musyrikin. Aku berkata : “Wahai Rasulullah, jika salah seorang daripada mereka
mengangkat kakinya nescaya mereka akan dapat melihat kita’. Baginda bersabda :”Wahai
Abu Bakar,apakah yang kamu fikirkan tentang dua orang apabila Allah S.W.T
merupakan pihak yang ketiga bersama mereka?
Setelah tiga hari berada di dalam Gua Thur,barulah mereka
keluar untuk meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki dua ekor unta yang
dibawa oleh Abdullah bin Uraiqit, atas arahan Abu Bakar. (Abdullah ketika itu
masih belum memeluk Islam, tetapi dia merupakan seorang yang dipercayai oleh
Abu Bakar). Maka pada malam Isnin awal bulan Rabiul Awal, tahun pertama Hijrah,
bersamaan 16 September 622H Rasulullah S.A.W, Abu Bakar r.a dan Amir bin
Fuhairah (penggembala kambing Abu Bakar) bertolak ke Madinah dengan Abdullah
bin Uraiqit berperanan sebagai penunjuk jalan bagi mereka.
No comments:
Post a Comment