Ia terletak di satu lembah di antara Mina dan Muzdalifah,iaitu di
penghujung keduan-duanya tetapi ia tidak termasuk di dalam kawasan bagi
kedua-duanya tempat tersebut.Ia termasuk di dalam sempadan Tanah Suci tetapi ia
bukan al-Masyair al Haram (tempat ibadah yang di anjurkan dalam manasik haji)
Imam al-Nawawi r.h.m berkata :
“Mengikut sunah Nabi S.A.W, disunatkan berjalan cepat ketika melintasi tempat
ini kerana Wadi Muhassir ini ialah tempat wuquf bagi kaum Nasrani (Kristian).
Maka kita disunatkan untuk menyalahi perbuatan mereka.
Orang Arab jahiliah telah berwuquf di sini, bahkan mereka
berbangga dengan amalan kebajikan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka,
dan syariat Islam telah menggalakkan umatnya agar menyalahi amalan jahiliah dalam
semua perkara.
Wadi ini merupakan tempat Allah S.W.T telah membinasakan
tentera bergajah yang ingin menyerang Kaabah.Kisah tentera bergajah ini telah
berlaku pada tahun 571M, iaitu pada tahun kelahiran Baginda Rasulullah
S.A.W.Oleh itu,tahun tersebut di kenali sebagai “Tahun Gajah”.
Abrahah al-Habsyi yang merupakan wakil kepada Raja Najasyi
(gelaran untuk Raja Habsyah,kini dikenali sebagai negara Ethiopia) di Yaman
menyaksikan para kabilah dan orang ramai menuju ke Makkah untuk tawaf serta
mengerjakan haji di Kaabah. Lalu beliau mendirikan sebuah gereja yang megah
untuk mengalih perhatian mereka daripada Kaabah. Namun usahanya ini tidak
Berjaya, bahkan seorang lelaki dari Bani Kinanah telah mengotorkannya dengan
najis. Hal ini membuatkan Abrahah merasa marah dan dia memerintahkan bala
tentera bergajahnya dengan jumlah yang sangat besar untuk pergi menghancurkan
Kaabah.
Ketika sampai di Lembah Muhassir inilah, tiba-tiba ketua
gajahnya telah berlutut dan tidak mahu bergerak. Namun setiap kali ia di
alihkan kearah yang selain dari Kaabah maka ia bangun dan berjalan. Begitulah
keadaannya sehingga Allah S.W.T menghantar
burung Ababil yang melontar mereka dengan batu – batu api yang menyebabkan
anggota badan mereka terpotong – potong lalu musnah, Mereka berlari tidak tentu
arah dan jatuh berguguran di jalanan.
Allah S.W.T telah menimpakan suatu penyakit ke atas Abrahah,
sehingga gugur anak – anak jarinya. Dia sampai di San’aa seperti anak burung
yang tercabut bulu, kemudian terbelah dadanya dan keluar hatinya lalu musnah.
Kisah ini telah dijelaskan oleh Allah S.W.T melalui
firman-Nya :-
أَلَمْ
تَرَكَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَبِ اٌلْفِيلِْ
أَلَمْ
يَجْعَلْ كَيْدَهُم فىِ تَضْلِيلٍْ
وَأَرْسَلَ عَلَيهِمْ
طَيْرًاأَبَابِيلَْ
تَرْمِيهِم بِحِجاَرَةٍ
مِّن سِجِّيلٍْ
فَجَعَلَهُم كَعَصْفٍ مَّأْكُولِْ
Maksudnya : Apakah kami tidak memperhatikan bagaimana
Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?Bukankah Dia telah menjadikan
tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?Dan Dia mengirimkan kepada
mereka burung yang berpuak-puak,yang melontar mereka dengan batu dari tanah
yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun kayu yang
dimakan(ulat).
(Surah al-Fil :
1-5)
No comments:
Post a Comment