KELEBIHAN AIR ZAMZAM
1)
Merupakan salah satu
daripada mata air syurga
2)
Merupakan kurniaan pertama
yang Allah S.WT berikan hasil doa Nabi Ibrahim a.s
3)
Allah S.W.T telah
menjadikan air zamzam yang berkat ini sebagai penyebab kepada pembangunan dan
kemajuan bumi Makkah. Seterusnya kewujudan Baitullah di bumi tersebut
4)
Merupakan salah satu
daripada tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T di Tanah Haram
5)
Merupakan salah satu
daripada nikmat yang besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah
6)
Telaga zamzam muncul
melalui perantara Malaikat Jibrail
7)
Air zamzam terbit dari
kawasan yang paling mulia di atas muka bumi
8)
Air zamzam bertambah
keberkatannya dengan ludahan Rasulullah S.A.W ke dalamnya
9)
Air zamzam boleh
menyembuhkan demam panas
10)
Banyak minum air zamzam merupakan
sebahagian dari tanda keimanan dan tanda kebebasan daripada sifat munafik.(Hal
ini kerana orang munafik tidak mempercayai kelebihannya,wallahu’alam)
11)
Merupakan minuman
orang-orang yang mulia (al-Abrar)
12)
Air zamzam ialah
sebaik-baik hadiah atau buah tangan
13)
Air zamzam tidak akan
kering walaupun ramai orang yang telah mengambilnya
14)
Air zamzam boleh
menambahkan kekuatan (tenaga) tubuh badan
ADAB MEMINUM AIR ZAMZAM
Para ulama telah menggariskan beberapa adab yang patut
diikuti semasa meminum air zamzam.Antaranya :
1)
Menghadap kiblat
2)
Minum dengan tiga kali
nafas, iaitu dengan tiga kali teguk
3)
Membaca “Bismillah” setiap
kali meminumya.
4)
Memuji Allah dengan
menyebut “Alhamdulillah” pada setiap nafas
5)
Minum dengan tangan kanan
kerana Rasulullah telah mengarahkan agar kita menggunakan tangan kanan ketika
makan dan minum dan melarang daripada makan dan minum dengan tangan kiri. Hal
ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.
6)
Berdoalah dengan doa :-
وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ اللَّهُمَّ إِنِي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَا فِعًاْ, وَرِزْقًا وَاسِعًا,
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu
ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada semua penyakit
No comments:
Post a Comment