Kalau saya berminat dengan pakej umrah Mumtaz Travel,berapakah deposit yang perlu saya bayar?
Bagi setiap pendaftaran pakej umrah,bayaran deposit yang diperlukan adalah RM1000/seorang
Bila perlu dijelaskan pembayaran penuh?
Bayaran penuh pakej umrah perlu dijelaskan 6 minggu sebelum tarikh berlepas disertakan dengan dokumen umrah
Bolehkah wanita tanpa mahram menunaikan Umrah?
Berkuatkuasa 1441H , (Sept 2019) Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa mahram.Sungguhpun begitu ia bergantung kepada undang2 baru Arab Saudi yang terkini.
Betulkah jarak perjalanan antara hotel dan masjid hanyalah 50 Meter?
Pakej Clock Tower : 30m+ dari Masjidil Haram,5 minit berjalan kaki ke dataran (Mekah)
Premium: 150M+ dari Masjidil Haram. 10 minit berjalan kaki ke Masjidil Haram (Mekah)
Ekonomi: 450M+ dari Masjidil Haram (Mekah)
Premium & Ekonomi: 150M dari Masjid Nabawi (Madinah)
Adakah suntikan vaksin diperlukan sebelum menunaikan Umrah?
Ya. Jemaah Umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Namun begitu, suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej Umrah
Apakah dokumen yang saya perlukan sebelum menunaikan Umrah?
- Pasport (sahlaku 6bulan dari tarikh berlepas)
- Injection Umrah (ACYW135)
- Gambar VISA 4 keping (latar belakang warna putih)
- Lelaki : tidak memakai songkok
- Perempuan : bertudung warna gelap
- Perempuan : bertudung warna gelap
Dokumen sokongan seperti sijil nikah,sijil lahir,salinan IC,salinan PR serta surat LOC bergantung kepada undang2 yang ditetapkan Kerajaan Saudi (terkini)
Adakah kursus Umrah akan disediakan untuk para jemaah?
Kursus Umrah disediakan secara percuma untuk para jemaah Umrah dan akan dibimbing oleh Uztaz/Mutawwif yang berpengalaman. Mereka akan membantu menjawab segala kemusykilan dan persoalan berkaitan ibadah Umrah.
Selain pakej Umrah berkumpulan, adakah pakej Umrah persendirian turut disediakan?
Kami menyediakan pakej Umrah berkumpulan dan pakej Umrah persendirian
Berapa kali saya boleh melakukan Umrah?
Kami mewajibkan Mutawwif kami membimbing 3 kali ibadah umrah.Anda boleh melakukan Umrah sebanyak mungkin sekiranya berkelapangan dan bersesuaian dengan masa.
Adakah air zam-zam dibekalkan kepada setiap jemaah untuk dibawa pulang?
Kami membekalkan 5 liter air zam-zam untuk setiap jemaah yang boleh didapatkan selepas mendarat di KLIA.
Apakah mod pengangkutan dari Mekah ke Madinah/Madinah ke Mekah?
Kami menggunakan penerbangan terus (dari KLIA) terus ke Mekah/Madinah.Kami menggunakan pesawat Malaysia Airlines/Saudi Airlines.Masa perjalanan antara Mekah dan Madinah dengan bas akan mengambil masa kira-kira 6 jam.
Apakah disediakan pengangkutan ke KLIA dari Johor Bahru?
Kami menyediakan pengangkutan bas untuk kemudahan para jemaah dari Johor Bahru.Jemaah cuma perlu berkumpul di pejabat Mumtaz Travel sahaja untuk berlepas ke KLIA.
Apakah Umrah Ziarah?
Umrah adalah percutian ke negara pilihan anda sebelum ataupun selepas anda mengerjakan ibadah Umrah anda
No comments:
Post a Comment