MASJID QIBLATAIN
Masjid Qiblatain atau sering juga disebut sebagai Masjid Dua
Kiblat,berada lebih kurang 4 kilometer di sebelah barat laut Masjid Nabawi.
Masjid ini bewarna putih dan Nampak sangat cantik serta memiliki 2 menara dan
berada di tepi jalan raya di perkampungan Bani Salamah.
Masjid Qiblatain disebut Masjid
2 Kiblat kerana Ketika itu Rasulullah SAW sedang menjadi imam solat zuhur dan
sudah menyelesaikan dua rakaat.Pada saat itu turun perintah Allah SWT agar
Rasulullah dan jemaah mengubah kedudukan kiblat dari Baitul Maqdis di Masjidil
Aqsa ke Kaabah di MasjidilHaram,Mekah.Mentaati perintah itu, Rasulullah Bersama jemaah
solat segera mengubah arah 180 darjah tanpa menghentikan solat yang sedang
dilaksanakan.
Terjadinya perpindahan arah
kiblat belaku di bulan Rejab tahun 12 Hijrah, Nabi Muhammad SAW berserta
beberapa sahabat solat Zuhur di Masjid Bani Salamah, dan yang menjadi imam
adalah Rasulullah sendiri, Saat itu ketika Rasullullah berserta jemaah pada dua
rakaat pertama arah kiblatnya masih ke Baitul Maqdis di Palestin, kemudian
datanglah malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah untuk pemindahan arah kiblat
ke Ka’bah yang berada di Mekkah. Wahyu tersebut diturunkan ketika Al-Amin
julukan bagi Nabi Muhammad Saw menyelesaikan rakaat kedua.
Untuk menjawab kegundahan
Rasulullah atas cemuhan kaum Yahudi tersebut, Allah menurunkan firman-Nya dalam
Surat Al-Baqarah ayat 144 yang ertinya:
“Sungguh
Kami (sering) melihat mukamu (Muhammad) melihat ke langit, maka sungguh Kami
akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah
Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.
Dan sesungguhnya, orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al-Kitab (Taurat
dan Injil) memang mengetahui bahwa berpaling ke Masjidil Haram adalah benar
dari Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”
Lantas,Rasulullah menerima
perintah Allah dan baginda serta para sahabatnya terus berpaling arah 180 darjah.
Perpindahan arah kiblat tersebut tidak membatalkan solat atau mengulang solat
dua rakaat
No comments:
Post a Comment