Info @ Umrah
Semoga ianya bermanfaat
Semoga ianya bermanfaat
Bagaimana hendak melakukan TAWAF?
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai’e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
SYARAT-SYARAT SAH TAWAF
# Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah :
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
# Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram tetapi mesti dipastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.
# Tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.
# Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijr Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).
# Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.
# Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hijr al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.
# Tawaf hendaklah dilakukan sebanyak tujuh kali pusingan dengan sempurna dan yakin.
# Mesti mengirikan Ka’abah sepanjang masa tawaf. Beri perhatian khusus apabila tiba di penjuru-penjuru Ka’abah.
# Mesti suci daripada hadas kecil (yakni berwuduk).
Mesti suci daripada hadas besar.
Mesti suci daripada hadas besar.
# Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).
# Mesti menutup aurat.
p/s:Gambarajah di atas menunjukkan permulaan tawaf dan pengakhiran tawaf.Dimulakan dari penjuru hajar aswad dan berakhir di penjuru hajar aswad.Yakin cukup 7 pusingan baru melakukan saie
No comments:
Post a Comment