Sunday, 16 March 2014

SUQAIFAT BANI SAIDAH (MADINAH)


Sejurus selepas kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Golongan Muhajirin berkumpul di masjid Nabawi manakala golongan Ansar berkumpul di Saqifah (dewan) Bani Sa’idah. Berkumpulnya golongan Ansar adalah untuk membincangkan permasalahan pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan umat Islam. Apabila golongan Muhajirin mendengar golongan Ansar ingin membai’ah Sa’ad bin Ubadah radhiallahu ’anh sebagai khalifah maka mereka pergi ke dewan Bani Sa’idah untuk melihat apa yang berlaku. Apabila sampai di sana maka bangunlah salah seorang dari golongan Ansar menyampaikan ucapannya:
“Amma ba’du, kami adalah golongan Ansar, para penolong Allah dan pasukan Islam. Kamu sekalian wahai golongan Muhajirin adalah sebahagian dari kami.” Abu Bakar bangun lalu berucap: “Adapun yang engkau sebutkan tentang kebaikan-kebaikan yang ada pada kamu sekaliannya sememangnya adalah benar dan kamu sekalianlah orangnya. Namun orang-orang Arab hanya mengenal kabilah ini iaitu Quraisyh. Secara nasab merekalah paling mulia diantara bangsa-bangsa Arab. Dengan itu kamilah yang menjadi ketua sedangkan kamu adalah menteri-menteri.”
Al-Hubab bin Munzir berkata: “Demi Allah tidak, daripada kami seorang pemimpin dan daripada kamu seorang pemimpin.” Abu Bakar menjawab: “Tidak, akan tetapi daripada kami seorang pemimpin manakala daripada kalian menteri-menteri.”
Maka mulailah orang-orang mengangkat suara dan timbullah kekecohan. Bagi mengelakkan terjadinya perselisihan yang berpanjangan maka Abu Bakar berkata: Sesungguhnya aku redha jika urusan pemerintahan ini diserahkan kepada salah seorang dari dua lelaki ini, terserahlah kamu untuk memilih yang mana satu…” Lalu Abu Bakar menarik tangan Umar serta Abu Ubaidah bin al-Jarrah.
Umar berkata: “Bahkan kami membai’ah engkau (Abu Bakar). Engkau adalah pemimpin kami, sebaik-baik orang di kalangan kami serta yang paling kasih pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di kalangan kami.” Lalu Umar berkata kepada Abu Bakar: “Berikan tanganmu wahai Abu Bakar…” maka dia memberikan tangannya dan Umar segera membai’ahnya diikuti oleh golongan Muhajirin dan Ansar. [Ringkasan beberapa hadis. Rujuk Sahih al-Bukhari – no: 3670. dan no: 6830]
Tamatlah bai’ah yang pertama di dewan bani Sa’idah kemudian diikuti dengan bai’ah kali kedua yang dilakukan oleh semua sahabat di Masjid Nabawi.
Banyak pengajaran boleh diambil daripada kisah diatas. Kisah tersebut bukanlah bukti kelamahan institusi Sahabat seperti yang biasa dijadikan hujah golongan-golongan sesat yang membenci para Sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sebaliknya ianya bukti keutuhan persaudaraan yang diikat dengan aqidah yang benar. Sikap yang wajar kita contohi. Ini kerana kalau kita lihat, sekalipun mempunyai perbezaan pandangan dan pendapat namun akhirnya masing-masing akur pada satu pendapat yang membawa kepada perlantikan Abu Bakr radhiallahu’anhu.
Adalah menjadi lumrah apabila berkumpulnya manusia untuk berbincang akan sesuatu hal, tidak mustahil untuk berlaku perselisihan pandangan dan kepelbagaian pendapat. Bertegas berhujjah untuk menegakkan pandangan masing-masing juga bukanlah sesuatu yang abnormal. Cumanya yang perlu dilihat adalah hasil perbincangan itu dan akhlak masing-masing selepas itu.
Sekalipun berlakunya peristiwa yang dinukilkan diatas, kita dapat lihat persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar tidak sama sekali tercalar malah mereka masih utuh bersatu. Tidak wujud isu bermasam muka, membalas dendam, tidak menghormati satu sama lain, menuduh pihak bercanggahan pendapat sesat dan sebagainya. Sikap para Sahabat inilah yang seharusnya menjadi contoh tauladan umat ini. Begitulah sikap anak-anak murid kepada guru terbaik yakni Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kalau perselisihan pandangan dalam isu sebesar perlantikan khalifah pun tidak menjejaskan persaudaraan mereka, betapa sepatutnya kita berasa malu seandainya kita bermusuh, mengejek-ejek, mengumpat dan merendah-rendahkan pihak lain yang berbeza pandangan dengan kita,hanya kerana perselisihan dengan perkara lebih kecil daripada itu malah dibenarkan untuk berbeza pandangan.
Maka sesungguhnya Allah meredhai mereka, golongan Ansar dan Muhajirin, dan sememangnya mereka layak mendapat redha-Nya. Kalau kita mendambakan redha Allah sepatutnya kita mencontohi mereka baik aqidah, ibadah hinggalah kepada persaudaraan yang terikat kemas.
وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ
وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ
عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [at-Taubah 9:100]
Wallahua’lam

Sumber : alFaisal
demipena.blogspot.com



RAUDHAH

Raudhah 

Secara bahasa, “Raudhah” bererti taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di Masjid Nabawi yang banyak dimasuki jemaah untuk memanjatkan doa. Ia terletak di antara kamar Nabi dan mimbar untuk berdakwah. Luas Raudhah dari arah Timur ke Barat sepanjang 22 m dan dari Utara ke Selatan sepanjang 15 m . Luasnya yang hanya 144 meter persegi tak sebanding dengan jutaan jamaah yang berebut ingin masuk ke sana.
Jemaah yang berada di Madinah, biasanya akan berdoa di Raudhah. Tempat ini tak pernah sepi, menjadi tempat yang paling afdhal untuk memanjatkan doa.

Seperti sabda Rasulullah Saw, 

“Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga” 
 (HR. Bukhari no. 1196) .

Mimbar Nabi Muhammad saw
Para ahli hadis menafsirkan taman syurga sebagai tempat Allah SWT menurunkan rahmat dan kebahagian-Nya kerena dilakukan zikir serta pemujaan kepada Allah SWT.

Satu kawasan di dalam masjid yang dinamakan Raudhah ini ditandai tiang-tiang putih dengan ornamen kaligrafi yang khas dan juga karpet warna hijau yang menutup lantainya. Warna karpet ini berbeza dengan warna karpet Masjid Nabawi yang semuanya berwarna merah.

Di kawasan ini juga terletaknya maqam junjungan besar kita, Rasulullah saw, juga dua sahabat besar, Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A.

Kalau kita tengok dalam Masjid Nabawi, ada 2 kawasan. Satu kawasan masjid asal yang dibina oleh Rasulullah s.a.w dan kawasan selainnya adalah perluasan tambahan yang dilakukan selepas zaman Rasulullah saw. Ia dapat dibezakan dengan tiang-tiang yang terdapat dikawasan tersebut.
kawasan masjid asal yang dibina oleh Rasulullah s.a.w
kawasan perluasan tambahan yang dilakukan selepas zaman Rasulullah saw

Lokasi ‘taman surga’ ini merupakan bahagian dari saf lelaki, hanya terbuka untuk perempuan di jam tertentu, saat dhuha dan setelah solat zuhur. Bukan hal yang mudah untuk bisa memasuki Raudhah. Upaya lainnya adalah usahakan datang ke mesjid pada awal pintu mesjid dibuka. Dengan demikian mempunyai waktu cukup untuk melaksanakan salat Tahajud, salat Tasbih, dan salat Fajar serta melakukan zikir atau membaca Alquran.

Jika sudah berhasil masuk setelah berjuang berdesak-desakan, jamaah memanfaatkan kesempatan berada di kawasan ini untuk solat dua rakaat, berzikir, berdoa maupun membaca Alquran. Suara takbir, tahmid dan tahlil diiringi dengan selawat kepada Rasulullah saw dan doa bercampur jadi satu.

Jangan lupa, ketika berdo’a di sini (atau di manapun di Masjid Nabawi), janganlah sambil menghadap makam. Menghadaplah ke arah Kiblat. Sementara ketika di depan makam Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, tidaklah perlu mengusap2 jendela makam dan menciumnya, atau menempelkan dada dan perut, karena syariat Islam sama sekali tidak menuntunkan demikian.Ucapkan saja sebanyak mungkin shalawat pada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan sahabat serta keluarga

Perlu kesabaran yang tinggi di Raudhah, kerena sudah biasa ketika solat jemaah lain berdiri didepan kita sehingga tidak bisa ruku’ dan sujud. Duduk bersempitan, tetapi masih ada saja jemaah lain memaksakan diri untuk minta duduk. Kepala/bahu dilangkahi atau tertendang, tangan dipijak dan perlu hati-hati disaat sujud karena sangat berbahaya ketika lehernya terpijak jemaah lain.
Cara paling mudah adalah bersama teman, solat bergantian dan saling menjaga (dengan menjulurkan tangan) ketika sedang solat. Kadang-kadang kita saksikan antara jamaah saling emosi, disinilah kesabaran kita diuji, tidak selayaknya bergaduh disaat beribadah ditempat yang sangat mulia ini.







Tuesday, 11 March 2014

MASJID NABAWI




Rasullah SAW membangunkan masjidnya atas asas taqwa.Masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut.Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar,sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam.Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl).Rasulullah SAW kemudiannya membeli tanah tersebut.Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamardan juga runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid.Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali.Setelah Rasulullah SAW keluar dari Quba' menuju ke kota Madinah,orang ramai berebeut-rebut mengheret tali unta Rasulullah SAW untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing.Namun demikian Rasulullah SAW menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan.Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini.Selepas ia berhenti, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud " Insyaallah, di sinilah tempatnya". Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanyan Rasulullah SAW di kota Madinah.Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi.Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat.Rasulullah SAW sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu.Pada ketika zaman Rasulullah saw dan Khulafa' Rasyidin,Masjid Nabawi tidak memiliki menara.Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu dikeempat sudut Masjid.Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah ; tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung seramai 167,000 m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi,boleh menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah.Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa.

(Sumber: Mengenali Madinah, oleh Ust Abdul Basit & Sejarah Madinah, Dr Muhammad Ilyas)

Sunday, 9 March 2014

SEJARAH PEMBINAAN KAABAH



Kaabah ialah Baitullah al-Haram dan ia merupakan kiblat bagi umat Islam. Allah s.w.t. telah menjadikan baginya beberapa kelebihan seperti hubungannya dengan dua Rukun Islam, iaitu solat dan haji. Tidak sah seseorang Muslim sekiranya dia tidak menghadapkan muka ke arahnya dan tidak sah haji seseorang sekiranya dia tidak melakukan tawaf mengelilinginya.

Firman Allah s.w.t. yang *bermaksud” Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia (sebagai tempat beribadat) ialah Baitullah yang berada di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi ptunjuk bagi manusia.

Tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) dalam kalangan ulama bahawa rumah ibadat yang pertama didirikan untuk manusia ialah Kaabah. Ini berdasarkan hadis Abi Zar al-Ghifari r.a., ketika beliau bertanya Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, apakah masjid yang paling awal dibina?” Jawab Rasulullah” “Masjidilharam.” Kemudian beliau bertanya lagi: “Selepas itu?” Jawab Rasulullah: “Masjidil Aqsa.” Beliau bertanya: “Berapakah jarak masa antara kedua-duanya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Empat puluh tahun.”

Maksud “jarak masa 40 tahun” ialah jarak di antara pembinaan tapak asas kedua-duanya. Ini menunjukkan bahawa orang yang mula-mula meletakkan asas pembinaan Kaabah bukan Nabi Ibrahim a.s. dan orang yang mula-mula meletakkan asas pembinaan Baitul Maqdis bukan Nabi Sulaiman a.s.

Hal itu kerana jarak masa antara kedua-duanya adalah lebih daripada seribu tahun. Mereka berdua ialah orang yang memperbaharui binaan kedua-duanya, wallahu a’lam.

Tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah pembinaan kaabah dan Masjidilharam. Kisah pembinaan Kaabah sebenarnya bermula sebelum Allah s.w.t. menjadikan bumi dan segala isinya. Perkara ini berdasarkan kepada maklumat yang disebut dalam kitab-kitab sejarah.

Terdapat hadis sahih yang menyebutkan bahawa nabi s.a.w. telah bersabda dalam khutbah pembukaan kota Makkah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t. yang mengharamkan Makkah pada hari penciptaan langit dan bumi.”

Makkah tidak dipilih sebagai Tanah Haram jika tidak kerana kewuh=judan Kaabah padanya.

Perkara yang menjadi khilaf dalam kalangan ulama ialah penentuan siapakah orang yang pertama membinanya, khasnya binaan sebelum Nabi Ibrahim a.s. Walaupun ia disebut oleh ahli-ahli sejarah tetapi riwayat tersebut memerlukan penelitian dan kajian yang terperinci untuk menentukan kesahihannya.

Menurut riwayat Abu al-Walid al-Azraqi r.h. dalam kitabnya Akhbar Makkah, Ka’ab al-Ahbar telah berkata bahawa Kaabah ialah buih yang terapung di atas air selama empat puluh tahun sebelum Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi dan daripadanya dihamparkan kejadian bumi.

Mujahid r.hm.: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan tapak rumah ini (Kaabah) 2000 tahun sebelum dijadikan bumi dan asas (tapak) binaannya berada di lapisan bumi yang ketujuh.

Tuesday, 4 March 2014

UMRAH FEBRUARI 2014



Bimbingan : Ustaz Zaieme Bin Mohamad
Musaid : Hj Damsuki Bin Selamat & Hj Ares Bin Samad
Tarikh 4 Feb 2014



Bimbingan : Ustaz Mohd Hafiz Bin Mansor
Musaid : Ustaz Basir Bin Mohamed & Hj Anuar Bin Ali
Tarikh : 5 Feb 2014


Bimbingan : Ustaz Mohammad Faizal Bin Maidin
Musaid : Hj Maidin Bin Hussen
Musaid : Ustaz Basir Bin Mohamed & Hj Anuar Bin Ali
Tarikh : 5 Feb 2014



Bimbingan : Pn Wan Jah Binti Senapi
Jemaah : PUSPANITA Jab. Imigresen Negeri Johor & Keluarga
Tarikh : 11 Feb 2014 


Bimbingan : Hj Abd Rahman Bin Hassan
Musaidah : Hjh Hasnah Bt Ahmad
Jemaah : Rengit,Batu Pahat
Tarikh : 11 Feb 2014


Bimbingan : Ustaz Zulkifli Bin Tukiman
Tarikh : 12 Feb 2014


Bimbingan : Hj Sarif Bin Mohyin
Musaidah : Hjh Naimah Binti Md Shah
Jemaah : Simpang Renggam,Johor
Tarikh : 12 Feb 2014


Musaid : Hj SaifolBahri Bin Baharuddin
Musaidah : Hajah Rosena Binti Suanda
Tarikh : 15 Feb 2014
We'r Family