Monday, 7 October 2013

RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH

 
 
 
15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH


Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


" Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama إن شاء الله "
 

Thursday, 3 October 2013

PANDUAN & SYARAT TEMPAHAN PAKEJ UMRAH



HARGA PAKEJ UMRAH TERMASUK:

· Tiket penerbangan & cukai lapangan terbang.
· Penginapan / hotel di Tanah suci ( Makkah & Madinah).
· Makanan dan minuman (Masakan Melayu/Thai)
· Kenderaan semasa di Tanah Suci ( Bas berhawa dingin).
· Lawatan / Ziarah luar dan dalam tempat bersejarah di Kota Makkah / Madinah.
· Khidmat Mutawwif dari Malaysia
· Permohonan Visa (tertakluk kelulusan Kerajaan Arab Saudi).
· Insurans

CENDERAHATI

· Beg Sandang + Beg Pakaian
· Buku Panduan Umrah
· Air Zam - Zam 10L(jemaah dinasihatkan agar tidak menambah/membeli Air Zam-Zam)

KURSUS UMRAH

. Akan dimaklumkan bagi tarikh yang bersesuaian.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN VISA UMRAH

Para jemaah perlu menyediakan:
· Passport Antarabangsa sahlaku 6 bulan dari tarikh berlepas dan masih ada 6 muka surat yang    

   belum digunakan (yang kosong).
· Buku Suntikan Meningitis ACYW135.
· 4 keping gambar VISA berukuran 4cm x 6cm (berlatar belakang putih)
                                                                                 LELAKI - tidak memakai songkok/kopiah
         WANITA - bertudung gelap(hitam)
· Butir-butir peribadi untuk borang visa dan pendaftaran.




TEMPAHAN PAKEJ

· Bayaran pendahuluan adalah sebanyak RM 500.00 seorang dan bayaran penuh hendaklah
  dijelaskan dalam masa 6 minggu sebelum berlepas.
· Untuk pemprosesan Visa umrah pastikan Passport Antarabangsa dan semua dokumen
  dihantar 6 minggu lebih awal sebelum waktu berlepas dalam waktu bekerja kepada pihak kami.
. Bayaran Wang Tunai atau cek hendaklah ditulis atas nama :

      'MUMTAZ TRAVEL SDN BHD' no akaun Maybank : 5515-9350-9307

PEMBATALAN

· Jika pembatalan dibuat selepas selesai proses urusan permohonan visa, pembayaran tiket
  penerbangan, penempahan hotel dan lain-lain perkhidmatan, bayaran deposit tidak akan
  dikembalikan serta juga bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah dibayar oleh
  syarikat akan dikenakan.

NOTA

· Harga pakej, aturcara jadual serta penginapan adalah tertakluk kepada sebarang
  perubahan diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa notis.